Live aprs.fi

Monday, December 29, 2008

Automatic Packet Reporting System..again?

Apa itu APRS?
http://homepage.ntlworld.com/ajmckinnon/aprs.htm
http://aprs.org/

tengah mencari pakar translate....

Bagi yang berminat dengan APRS,berikut adalah peralatan-peralatan yang diperlukan...

GPS receiver..pastikan ada serial port..menyokong format NMEA.Bluetooh atau USB tak 'ngam'




Tinytrak...ada beberapa versi..ada versi yang mahal macam Tinytrak4...banyak fungsi..tapi firmware masih 'beta version'




yang ini pula,model yang sebelumnya....Tinytrak3


dan yang paling penting dalam hobi radio amatur ni....sudah tentu lah radio ataupun rig.Tidak kira mobile rig ataupun handy...asalkan ada mic jack dan speaker jack sudah cukup untuk melaksanakan operasi ini...
mobile rig,bagi sesiapa yang masih terpinga-pinga...contohnya


dan handy yang agak familiar dikalangan ham operator....



untuk tinytrak,bagi yang gemarkan homebrew,boleh download diagram dari laman web ini, www.byonics.com.Tetapi demi menjaga kepentingan bisnes(he..he),pihak byonics hanya 'release" firmware untuk model pertama sahaja.Iaitu versi 1.4.Itu pun sudah cukup untuk dicuba..Diagram bagi versi 1-3 semuanya sama...cuba yang membezakannya ialah firmware dalam PIC tersebut.Bagi kaki homebrew..apa tunggu lagi..gather up your components and tools..start soldering.Litarnya tidak terlalu rumit...bagi yang berpengalaman,2-3 jam sudah mencukupi.

Itu sahaja untuk kali ini..

Sunday, December 28, 2008

Sesi 'mengetest' Diamond CP22E

Pagi tadi,pukul 11 aku terima panggilan dari 9M2CJ (Thiam),bahawasanya ada sesi pemasangan antena CP22E untuk tujuan kaji selidik dan pemantauan pancaran di rumah 9W2LL (Ong).Pukul 2 petang,aku pergi pickup Thiam kat rumah dan menuju ke Ampang.Tiba di Ampang,sempat juga pergi melawat junkyard.. tiada benda yang mencuit hati.Setelah habis minum secawan limau ais, aku pun menuju ke rumah Ong.Hujan turun renyai-renyai...setelah habis hujan, sesi pemasangan pun bermula....


akhirnya CP22E sedia untuk dicuba....
inilah dia APRS Digipiter..tak pernah diupload ke mana-mana website sebelum ini..
anda mungkin bertuah dapat melihatnya..
dengan casing yang aerodinamik dan moden,sedia untuk dicuba...
siapa dah ada tinytrack dengan gps boleh cuba...24-7
mempersembahkan.......9M4APRS?



Saturday, December 27, 2008

APRS Digipiter...mana mau letak?


Pada 7 Dec 2008,aku sempat join 9M2CJ (Thiam),9W2LL (Ong) dan 9W2HL (Ho) pergi buat survey untuk tapak Digipiter.Setelah bertungkus-lumus memanjat tangga besi menuju ke puncak Resort World,akhirnya aku tiba jugak kat atas tu.Tiba di atas,aku dan Ong mencari-cari point yang sesuai untuk tapak antenna CP22.Beberapa keping gambar diambil untuk tujuan 'post mortem' memacak antenna. Aku pun hidupkan GPS aku dan Garmin(Army Spec-9W2KRZ punya),untuk mendapatkan koordinat longtitud dan latitud.Setelah itu,sesi mengukur panjang cable pun bermula.Lebih kurang 30 minit kemudian,kerja-kerja men'survey' pun siap.Terima kasih kepada David kerana memberikan kerjasama penuh sepanjang sesi tersebut.