Live aprs.fi

Wednesday, January 14, 2009

MY 9W2RUT-3 Station..

Petang tadi,setelah lama terperosok dibawah tangga,akhirnya antena slim jim yang pernah menggegarkan dunia radio amatur tanahair negara tahun lepas berjaya dikerjakan..
Antena ini adalah ehsan daripada Hamid ataupun 9W2TPT.Terima kasih diucapkan kepada
beliau diatas sumbangannya kepada dunia APRS diMalaysia.
Dengan adanya kemudahan antena dan radio disaltmine ini..he..he.. maka akan bertambah rancaklah aktiviti APRS dikawasan ini.Pembukaan ini secara tidak langsung dapat memberikan liputan yang lebih luas,memandangkan 9M4RDG (maybe) dalam proses permohonan AA dan percubaan di Ampang.Maka waktu ini merupakan waktu yang sesuai untuk membuat percubaan.
Ditambah pula dengan kelas pengenalan APRS yang akan diadakan pada 1 Februari 2009 dan kelas susulan yang bakal diberi tahu nanti,maka harapan saya supaya aktiviti APRS di Malaysia dapat dikembangkan lagi.

Perkakas yang perlu...

yang ni pula yang menjadi magsa

rumah kedai 2 tingkat..berapa kaki?

antenna yang pernah menjadi sejarah kepada insan tertentu..TQ

Sunday, January 11, 2009

Majlis Pemasangan Tower di 9M4CME

Tanggal 11 Januari merupakan detik yang ditunggu oleh saya dan rakan-rakan yang lain.Apa yang membuatkan hari ini istimewa daripada hari yang lain? Hari ini 9M4CME akan dipasang dengan crankup tower dan saya terlibat secara langsung(chewah!!) dalam majlis ini..he..he.
Berikut adalah gambar yang sempat dirakam....jeng..jeng...jengs
3 stack tower yang baru dicat...


rotator yang akan menjadi nadi penggerak utama untuk memutar 5 element yagi

tugas memotong wayar untuk rotator diamanahkan kepada 9W2KRZ..perhatikan juga siapakah yang memantau..

dan sehari sebelumnya..gambar pemangsa dan mangsa yang kecundang

blue print untuk projek hari ini..yang menjadi rahsia selama ini,
didedahkan untuk tatapan umum

rotator dan thrust bearing..amteur style and concept
dan tugas men'seal' trap untuk antenna yagi dilakukan oleh
'the Wild Fox' dan Irwan
perhatikan rekabentuk baju hitam tu..

9W2TKK dengan aksi yang mencabar...
p/s air dibawah itu bukanlah air kencing TKK..sila ambil perhatian!
5 element yagi ..aduh..besaqnya..macam mana mau pasang?

and another amateur concept and design...
(Please note that,this is a copyright item)

dan yang menjadi tonggak kejayaan utama dalam acara ini ialah
pokok pinang ini..
(banyak pokok yang menjadi mangsa dalam acara ini,jadi dimasa
hadapan sila hadkan acara ini)

dan,bila petang yang tinggal hanyalah ini...untuk acara kemuncak

banyak idea yang dicurahkan oleh pesertai untuk menjayakan acara ini..ini salah satu daripadanya..(Copyright tau!) sila teka tangan siapa?

dan akhirnya..acara kepuncak setelah seharian bertungkus-lumus...
Pak NIK dengan gaya supervisor..

dan lebih kurang pukul 7 petang..inilah hasilnya yang bakal melakar nama Malaysia dimata dunia..khususnya Mares sendiri...

tu dia..berdiri dengan gahnya..awas..ini baru kedudukan 30 kaki..belum dicrank up lagi

dan terima kasih untuk semua yang terlibat dalam acara ini..73

Monday, January 5, 2009

Siapa boleh dapat sponsor?

Saya sempat merakamkan gambar ini...agak menarik...kalau boleh digunakan untuk emergency.









saiz dish lebih kecil berbanding dengan yang digunakan di stesen minyak..itu yang menarik perhatian saya..
boleh mintak peruntukan dari kerajaan ke?he..he

My Simple Setup.....

Untuk tatapan rakan-rakan,bagaimana rupa setup yang saya gunakan.Agak mudah..
GPS 80 dari Garmin (err dipinjam untuk tujuan experimen)

yang ni pula,tinytrak versi 3,tapi firmware versi 1.4.boleh dihomebrew,senang je..
ni unit yang ke-6,unit yang paling hensem pernah dihasilkan..nanti ada masa saya uploadkan unit-unit sebelumnya..


dan yang paling penting,rig pujaan ramai(he..he..)The famous Icom 2200H..tak semestinya rig ini sahaja..mana-mana rig yang ada socket untuk ptt dan external speaker boleh digunakan..
ha..ha..pendek kata semua rig la..



buat masa sekarang,saya masih lagi mencari GPS receiver yang kecik dan yang compatible dengan tinytrak ini.Dan ingin mencari mana-mana rakan yang berminat,supaya boleh diorder dalam beberapa unit.Untuk mejimatkan kos peghantaran..Dan beberapa rakan juga menolong mencari dibeberapa tempat..
Saya menunggu berita baik dari rakan-rakan ini...
Dan entah surat dari pengurusan Resort World sudah sampai belum...malam ni kena tanya Thiam,saya dah tertinggal informasi selama 5 hari..he..he..

Dan..posting dalam YG,menampakkan perkembangan yang positif..saya kena umpan Thiam dan Ong untuk buat kelas pengenalan kepada APRS.Apapun..Digipiter kena dipasang dahulu..
Tak jadi jugak..malam ni kena roger Thiam secepat mungkin...semoga ada berita baik menunggu