Live aprs.fi

Wednesday, January 14, 2009

MY 9W2RUT-3 Station..

Petang tadi,setelah lama terperosok dibawah tangga,akhirnya antena slim jim yang pernah menggegarkan dunia radio amatur tanahair negara tahun lepas berjaya dikerjakan..
Antena ini adalah ehsan daripada Hamid ataupun 9W2TPT.Terima kasih diucapkan kepada
beliau diatas sumbangannya kepada dunia APRS diMalaysia.
Dengan adanya kemudahan antena dan radio disaltmine ini..he..he.. maka akan bertambah rancaklah aktiviti APRS dikawasan ini.Pembukaan ini secara tidak langsung dapat memberikan liputan yang lebih luas,memandangkan 9M4RDG (maybe) dalam proses permohonan AA dan percubaan di Ampang.Maka waktu ini merupakan waktu yang sesuai untuk membuat percubaan.
Ditambah pula dengan kelas pengenalan APRS yang akan diadakan pada 1 Februari 2009 dan kelas susulan yang bakal diberi tahu nanti,maka harapan saya supaya aktiviti APRS di Malaysia dapat dikembangkan lagi.

Perkakas yang perlu...

yang ni pula yang menjadi magsa

rumah kedai 2 tingkat..berapa kaki?

antenna yang pernah menjadi sejarah kepada insan tertentu..TQ

No comments: