Live aprs.fi

Thursday, March 26, 2009

KF-163 track on the map..




inilah antara track yang cantik,menggunakan KF-163 dan GPS Leadtek

dan ini pula menggunakan tracker yang dihomebrew dan firmware daripada Thailand, EZtrak..


ingatkan dah tak jalan firmware ni..tapi berhasil jugak...
APRS semakin menarik,dengan kehadiran beberapa stesyen mobile yang baru seperti 9W2TEA dan 9W2TPT.

tu je la..

Saturday, March 21, 2009

KF-163 Tracker build in radio....

20 Mac lepas,Martin berkunjung ke kedai aku,bersamanya KF-163,tracker terbina didalam radio ini.Pada mulanya,aku rasa produk ini dah agak uzur..he..he..marah Martin nanti.
Tetapi dengan berbekalkan sumber rujukan dan cakera padat,aku berjaya menkonfigurasi KF-163 in dengan jayanya.Biarpun ada beberapa masalah luaran,seperti wiring, namun berkat kesungguhan aku,akhirnya 3 unit tracker ini berjaya diprogram.Dan akan berada di atas peta untuk beberapa hari berikutnya sebelum dihantar ke utara tanahair.Sebelum dihantar,aku akan menjalankan beberapa ujian pancar...
Inilah hasil bukaan aku kepada unit ini,nampak solid dan mantap.Dengan harga RM300, aku rasa amat berbaloi untuk memilikinya.Apakan tidak,cuma laburkan lagi wang untuk GPS receiver dan,anda sudah mempunyai standalone unit untuk sistem pengesan kenderaan anda.
Biarkan rig anda dihadapan untuk tujuan QSO,dan biarkan KF-163 ini melakukan tugasnya..
ha..ha..mungkin akan ada lagi beberapa unit berikutnya dijalanraya Malaysia...mengapa tidak...
buatan BOSCH...


Radio dan tracker

Tracker yang boleh dipisahkan...

Tracker ........

Gambar terakhir sebelum dipasang kembali unit ini...
Mantap dan solid.....aku pun nak satu la...

untuk rujukan dari mana datangnya KF-163 ini, lawati laman ini..

http://www.jancorver.org/en/index.htm

Itu saja le...73
9W2RUT..

Monday, March 16, 2009

tracker..oh tracker....

Hmmm...dah lama pulak tak panaskan solder,8 keping board tracker yang sudah siap di'etching' oleh 9W2LL dan di'drill' oleh 9M2CJ menjadi mangsa pada petang tadi.Agak lama juga 'dok' fikir nak buat atau tidak,memandangkan agak kelapangan dan tak tahu nak buat apa,maka segala peralatan dari dalam kereta yang dibawa pulang ke kampung tempoh hari diturunkan.Mulanya hajat nak buat benda ni dikampung,tapi..faham-faham sajalah,sibuk kat kampung..

Setelah hampir 1 jam,siap juga akhirnya....4 keping sahaja.Yang selebihnya akan disambung besok.Bukannya apa,takut besok tak ada benda apa yang nak dibuat...he..he
Inilah antaranya yang sudah hampir siap.....letih jugak 'noh dok' buat benda ni...jangan marah

Ini pulak gambar dari 'eyeball' malam Sabtu lepas...


Simplek repeater,tracker dan Fox Digi
9W2KDN dan 9M2CJ

Fox Digi buatan sendiri..
Simplek repeater dan tracker..buatan sendiri lagi la..
Itu sahaja la,apa-apa nanti akan dikemaskini lagi.Kalau dan habih tulis,lain kali nak tulis apa kan?
73..de 9W2RUT

My Brother's Wedding...



Tak ada apa yg aku nak tulis, cukuplah diceritakan dengan gambar..he.he..
Apapun,tahniah dan semoga bahagia berpanjangan...