Live aprs.fi

Monday, March 16, 2009

tracker..oh tracker....

Hmmm...dah lama pulak tak panaskan solder,8 keping board tracker yang sudah siap di'etching' oleh 9W2LL dan di'drill' oleh 9M2CJ menjadi mangsa pada petang tadi.Agak lama juga 'dok' fikir nak buat atau tidak,memandangkan agak kelapangan dan tak tahu nak buat apa,maka segala peralatan dari dalam kereta yang dibawa pulang ke kampung tempoh hari diturunkan.Mulanya hajat nak buat benda ni dikampung,tapi..faham-faham sajalah,sibuk kat kampung..

Setelah hampir 1 jam,siap juga akhirnya....4 keping sahaja.Yang selebihnya akan disambung besok.Bukannya apa,takut besok tak ada benda apa yang nak dibuat...he..he
Inilah antaranya yang sudah hampir siap.....letih jugak 'noh dok' buat benda ni...jangan marah

Ini pulak gambar dari 'eyeball' malam Sabtu lepas...


Simplek repeater,tracker dan Fox Digi
9W2KDN dan 9M2CJ

Fox Digi buatan sendiri..
Simplek repeater dan tracker..buatan sendiri lagi la..
Itu sahaja la,apa-apa nanti akan dikemaskini lagi.Kalau dan habih tulis,lain kali nak tulis apa kan?
73..de 9W2RUT

No comments: