Live aprs.fi

Sunday, April 26, 2009

ISS...




ha..ha..jangan marah

credits to 9W2PD..
thank you...

Sebenarnya baru balik dari Genting Highlands bersama 9M2CJ,9W2QC,9W2SMF dan beberapa orang SWL lagi.Tujuan kesana adalah untuk mencari punca kenapa banyak data packet yang dihantar tidak dapat diulang pancar. Hasil ujian selama 2-3 jam mendapati banyak gangguan ataupun QRM diatas sana.Jadi sedikit sebanyak telah terjawab permasalahan nanti. Malah dengan menggunakan simplek,audio diterima jelas dikawasan Kuala Lumpur dan juga Port Dickson tetapi,diatas sana saya tidak dapat langsung mendengar audio dari Kuala Lumpur.
Jadi kami semua bersependapat bahawasanya QRM inilah yang membuatkan data packet tadi tidak dapat memasuki Digipeater,walaupun masuk tetapi QRM telah menjejaskan data packet tadi dan hasilnya data tersebut tidak dapat diulang pancar ke Internet Gateway.

Dan beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah ini telah difikirkan,dan ada beberapa cara untuk mengurangkan QRM itu (kalau tiada terus pun bagus) dan akan dirujuk secara terus kepada pihak pakar..
Untuk itu kami bersetuju untuk membawa pulang dulu Digipeater dari Genting Highlands.Jadi setidak-tidaknya kami telah dapat mencari punca maslah tersebut dan akan kesana semula dalam jangka masa yang terdekat untuk cuba (sehingga berjaya) menyelesaikan masalah ini

gambar bukti menunjukkan aku berada disana dan bukannya tempat lain...

Wednesday, April 8, 2009

9M6WST-9.......

Detik permualaan APRS di Malaysia Timur....semoga ada lagi stesyen APRS bakal muncul
Tahniah Wong....

Tuesday, April 7, 2009

Tracking ARDF Marsyal....

ah..terlupa untuk memasukkan gambar hasil tracking..
ni hasil kerja hari itu..


yang kurang aktif.....he.he

yang sempat berbasikal menuju ke luar lokasi..siapa ye?

dan yang paling rajin..kena bagi anugerah ni..

mungkin dimasa akan datang,boleh letak pada peserta ARDF pula..lagi menarik

73 9w2rut......

ARDF with APRS?

He..he..sesuatu yang unik untuk dikaji dan telahpun berjaya dilaksanakan..

Pada 05 April 2009 yang lepas,ARDF anjuran V17 dan Pusat KO Kuala Lumpur telah berlangsung dengan jayanya.Aku sempat menyertai acara ini dengan 2 partisipati yang berbeza..he..he..
Sebagai peserta ARDF dan juga salah seorang pengelola APRS Demo..
Ah..sesuatu yang menarik mengapa perlu dilepaskan.....Dengan idea untuk meletakkan Tracker di basikal marshal ARDF merupakan langkah yang bagus..untuk memastikan marsyal-marsyal yang ditugaskan melakukan tugas dengan baik....
Beberapa keping gambar yang berjaya dicilok dari rakan seperjuangan ARDF aku..9W2KRZ

APRS Demo setup..dari kiri KF163+GPS Leadtex (sumbangan PA3/9M2FRI),air mineral( beli sendiri)bateri Lead Acid 12V 7.2A,Trickle Charger,Tracker(stiker oren)Digipiter (kotak putih)
Laptop aku,belakang laptop, Kenwood 2M Rig,T2 Digipiter,SX400,masking tape dan air kotak


aku..tengah beraksi,antena homebrew,passive dan active attenuator homebrew,VX7R (homebeli)..cesss susah jugak fox hunt ni...signal merata-rata ada..


Aku dan Khairul tengah buat posing sebelum acara Slalom bermula..


Fine tuning gadget...


itu sajalah yang sempat aku cilok,mungkin ada lagi dari rakan-rakan lain..nanti aku cilok..

ah..sebelum terlupa,aku menang tempat ke 3 acara Slalom..he..he..nanti aku post gambar trofi..

p/s mana-mana rakan yang mempunyai AA tapi belum pernah menyertai ARDF,cubalah sertainya walaupun sekali..aku garenti pasti menyeronokkan.Bukan menang atau kalah tetapi apa yang dikecapi tu sukar digambarkan..

tu je..de 9w2rut