Live aprs.fi

Sunday, April 26, 2009

ISS...




ha..ha..jangan marah

credits to 9W2PD..
thank you...

Sebenarnya baru balik dari Genting Highlands bersama 9M2CJ,9W2QC,9W2SMF dan beberapa orang SWL lagi.Tujuan kesana adalah untuk mencari punca kenapa banyak data packet yang dihantar tidak dapat diulang pancar. Hasil ujian selama 2-3 jam mendapati banyak gangguan ataupun QRM diatas sana.Jadi sedikit sebanyak telah terjawab permasalahan nanti. Malah dengan menggunakan simplek,audio diterima jelas dikawasan Kuala Lumpur dan juga Port Dickson tetapi,diatas sana saya tidak dapat langsung mendengar audio dari Kuala Lumpur.
Jadi kami semua bersependapat bahawasanya QRM inilah yang membuatkan data packet tadi tidak dapat memasuki Digipeater,walaupun masuk tetapi QRM telah menjejaskan data packet tadi dan hasilnya data tersebut tidak dapat diulang pancar ke Internet Gateway.

Dan beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah ini telah difikirkan,dan ada beberapa cara untuk mengurangkan QRM itu (kalau tiada terus pun bagus) dan akan dirujuk secara terus kepada pihak pakar..
Untuk itu kami bersetuju untuk membawa pulang dulu Digipeater dari Genting Highlands.Jadi setidak-tidaknya kami telah dapat mencari punca maslah tersebut dan akan kesana semula dalam jangka masa yang terdekat untuk cuba (sehingga berjaya) menyelesaikan masalah ini

gambar bukti menunjukkan aku berada disana dan bukannya tempat lain...

No comments: