Live aprs.fi

Tuesday, May 26, 2009

Gambar-gambar untuk cuci mata...

Gambar boleh menceritakan seribu perkataan..jadi klik pada link dibawah


http://picasaweb.google.com/9W2RUT/MYAPRS#

minggu2 yang sibuk............

Penuh agaknya aktiviti aku untuk bulan Mei ini,dengan kehadiran FoxView2,Fox Trak dan FoxDigi,bertambah lagilah experimen aku dalam APRS ini.Malah Tinytrak4 dan LCD Display sudah berjaya disambungkan,namun begitu dengan kepala yang pening dengan setting-setting dia,aku campak ke tepi dulu,dan Hamid 9W2TPT nampaknya berminat juga untuk memasang display pada Tinytrak4 miliknya yang kini menjadi Full Time Digipeater untuk kawasan Bukit Rahman Putra,Sungai Buloh malah menjangkau ke Shah Alam juga.

Jadi,aku serahkan tugas-tugas untuk mencari idea bagi menghidupkan dispaly tersebut kepadanya.Aku jadi tukang cilok idea sajalah.Dan dengan terlahirnya pula kumpulan APRS-ISS maka,malam dan tengah malam menjadi semakin sibuk.Dengan berbekalkan antena vertical,radio dan software UISS,aku sudah beberapaka kali berjaya menghantar beacon ke ISS.Dan ramai juga yang sudah mula menceburkan diri dalam arena ini.

Malam ini,ada passing yang agak cantik,jadi kena bersedia lagi malam ini.