Live aprs.fi

Saturday, July 11, 2009

my PUXING PX777..buat hal

Setelah hampir 2 tahun berkhidmat,akhirnya handy pertama aku buat hal...Mungkin masa buat programming untuk interfac APRS tempoh hari,telah menjejaskan settingnya.
Tak dapat masuk VFO,tak dapat Reset.Dah jadi macam set Mototrola.

...he..he.buat sampai tension,cabut jack,pasang jack,tanpa 'off'kan radio dan tengah running 'script' di COM port.. adei..- moral..off radio dulu lain kali-

Dengan berbekalkan komputer dan 'google' carian di internet dimulakan dan hasilnya amat menarik,radio ini boleh diprogram menggunakan komputer(tak payah susah-susah pulas tombol dan tekan keypad)...hmmm menarik tu,kenapa la dia tak jadi awal-awal dulu..kan senang..

Ok untuk memulakan projek ini,bahan-bahan yang diperlukan ialah interface,PC (ada COM Port) dan masa..hu..hu..

interface tengah beroperasi


program yang boleh didownload dan mudah digunakan

ok..berjaya mengembalikan setting asal,tiada channel yang hilang..dan siap boleh tulis nama kat dalam radio ni lagi..he..he..bagus ni

..tu je la 73

No comments: