Live aprs.fi

Sunday, February 14, 2016

Amateur Satellite Fox-1A

Walaupun hanya untuk jangka masa yang pendek, sekitar 8-15 minit, komunikasi radio amatur menggunakan satelit mempunyai peminat dan saban bulan, banyak satelit berstatus 'cubesat' dilancarkan. Saya sempat mempelajari selok-belok tatacara pengendalian dan perkakas yang diperlukan untuk berkomunikasi menggunakan satelit amatur di lama FB milik rakan-rakan di Indonesia. Link kepada group tersebut, ketik AMSAT-ID.

Banyak informasi yang saya peroleh dari sana, lebih hangat lagi, hujung tahun lepas, ORARI telah menghantar satelit amatur mereka sendiri ke angkasa lepas, iaitu LAPAN-A2. Ramai rakan-rakan yang aktif memintas isyarat dari satelit, dan menterjemahkan telemetri data untuk dihantar semula kepada pemilik satelit untuk tujuan rujukan dan kajian.

Saya ingin bercerita sedikit tentang satelit yang agak baru, dan saya sempat menggunakannya ketika melintasi ruang angkasa Malaysia. Rujukan lengkap asal usul Fox-1A.


prototaip Fox-1A

Sebelum ini saya pernah berkomunikasi menggunakan satelit Saudisat SO-50, sedikit sebanyak membantu dalam mengerjakan satelit Fox-1A ini. Berbeza dengan Saudisat SO-50, Fox-1A menggunakan uplink UHF.

Uplink UHF 435.180MHz (435.170 AOS, 435.192 LOS) Tone 67.0Hz
Downlink VHF 145.980MHz
Mode : FM Voice


Radio yang saya gunakan Yaesu FT-8800, mudah dikawal kerana menpunyai 2 VFO yang boleh dikawal berasingan.


Namun begitu, handy talkie dual-band seperti Baofeng juga boleh digunakan. Cuma saya tak ada handy tersebut. Sebelum ini saya pernah menggunakan handy Kenwood THD-72 (di SO-50) dan Yaesu FT-897 (Fox-1A), tetapi mempunyai 'sedikit' kesukaran dan memerlukan sedikit latihan untuk menyesuaikan diri dengan radio FT-897 tersebut. Namun begitu, ia tetap boleh digunakan.
Antena arrow yagi VHF dan UHF


Dan, aset terpenting dalam pemburuan satelit ialah perisian penjejakan satelit. Saya menggunakan AmsatDroid di tab Samsung saya. Perisian OSCAR juga agak mudah digunakan untuk yang baru berjinak-jinak.
AmsatDroid

Sebelum memulakan pemburuan, sila tentukan satelit yang ingin digunakan, lokasi anda, dan laluan satelit. Laluan yang baik adalah disekitar 8-15minit, dengan elevation yang melebihan 25 darjah (dilokasi sayalah) Kenalpasti juga dari arah mana satelit itu datang, mungkin hari ini satelit tersebut datang dari utara, esok lusa mungkin dari selatan pula.
AOS ialah terma yang digunakan untuk mewakili (Approach of Signal), satelit mula memasuki kawasan, dan LOS ialah (Lost of Signal) yakni satelit menjauhi kawasan.


Rekod saya berkomunikasi menggunakan satelit Fox-1A bersama rakan saya dari pulau Jawa, Indonesia (1700 ++ km) om Mubin YB3MBN boleh dilihat di Youtube. Kredit untuk om Mubin atas usaha beliau merakamkan perbualan kami.

Antara stesyen lain, yang sempat saya berkerja di satelit amatur ialah

Saudisat SO-50 - HS3ANP Passiri, E21EJC Krissada, HS3LSE Suphican (Thailand)
                          - 9M2YOT Yot (Melaka), 9M2ZAK Zaki (Kulai)

Fox-1A              - YB3MBN Mubin (Pulau Jawa, Indonesia)
                          - 9W2VRD Ashrie (Taiping)

video 3 negara menggunakan satelit radio amatur Saudisat SO-50 pada 23 Ogos 2015, ketik Youtube
waktu ini saya menggunakan handy Kenwood THD-72 (5W)


Sedikit coretan, dan banyak lagi bakal menyusul

Rut 
9W2RUT/W2RUT